Maria baru saja pulang ke kampung bercuti sempena cuti semester... sebab dia dah lama tak balik jenguk kampung dia.. so dia pon tak tau la yang rumah dia dah di upgrade daripada rumah separuh papan kepada rumah batu.... konononya family dia nak buat suprise la...
Jadi.. keluarga Maria telah sepakat nak buat kenduri kesyukuran sempena rumah baru mereka yang baru saja siap di bina.... Setelah sepakat untuk mengadakan selepas isyak... Jadi segala persiapan semuanya perlu disiapkan...Hari itu mereka sekeluarga sangat sibuk menyiapkan persiapan... memasak .. mengemas dan lain2....
"Ermm... Mak.. pokok pisang belakang rumah kita tu dah buang ek.. ermm" tanya Maria kaget....
"Owh.. pokok pisang belakang tu kan dah buang... ituu.. bilik ko kan dah dibesarkan hingga atas tapak pokok pisang tu... kenapa dengan ko ni?" mak Maria pon pelik dengan sikap Maria...
"ermm.. mak... nak tau tak... sebenarnyakan.. dulu... ada la satu malam bulan mengambang.. Maria intai la ikut tingkap.. kononnya nak tengok keindahan malam... tapi kan mak... Maria terpandang sesuatu kat pokok pisang tu.... po..po.. pooccooongg agaknya...." kata Maria separuh ketakutan akibat imbasan masa lalu...
"yeke... mak rasa itu mungkinnn....."
"amboii2.... tetamu nak datang dah sekejap lagi... cepat sikit....." belum sempat mak Maria menyambung.. ayah Maria tiba-tiba memotong.....
Upacara dimulakan setelah semua tetamu hadir... di mulakan dengan tahlil dan kemudian diikuti dengan sedikit doa kesyukuran... Setelah selesai mereka telah di hidangkan makanan....
......................................................
Maria tidur nyenyak akibat keletihan... badannya terasa lemah.... sedang asyik tidur.. tiba-tiba perutnya rasa memulas... "aduhh... sakitnya....waktu macam ni la ko nak sakit...." Maria bangun sambil mengurut-ngurut perutnya... Maria cepat-cepat ke tandas yang terletak di hujung skali... dalam kegelapan Maria tidak dapat mencari lokasi suis lampu kerana dia belum biasa di rumah barunya....
Dia teraba-raba untuk pergi ke tandas.... melalui ruang makan dan dapur.. seterusnya tandas... mujurlah suis tandas hanya di luar pintu... dia merasa sedikit lega... setelah selesai urusannya... dia bergegas ke bilik...
Saat melewati ruang makan... "Pssstttttt....." Maria terdengar seperti seseorang menegurnya.... langkahnya terhenti... kisah pocong yang di jumpainya satu masa dulu terus melekat di fikirannya... hampir saja dia menoleh bau harum semerbak menusuk hidungnyaa....
"aaaaaaaa........" Maria menjerit sambil berlari menuju ke bilik orang tuanya.... "maakkk.... ayahhhhh...." Maria menjerit sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik....
Saat pintu terbuka Maria terus memeluk ibunya... "kenapa ni... kenapa..." mak dan ayahnya cemas....
Maria pon menceritakan kepada kedua-dua orang tuanya apa yang berlaku...
Mak dan ayah Maria saling memandang lantas ketawa.... Maria tergamam kehairanan... "kah kah kah.... itu sebenarnya bunyi air freshener laaa....mak yang letak kat ruang makan tu...." kesunyian malam terisi dengan gelak tawa mereka....
......................................................................................
Keesokan paginya Maria masih tak puas hati... maka dia pon bertanyakan tentang pocong pada pokok pisang di belakang rumahnya....
"oowhh... kalau Maria nak tau... daun dan batang pokok pisang ni kalau kena cahaya dia akan bersinar... jadi yang Maria nampak tu sebenarnya bukan pocong... tapi pokok pisang tu sendiri.... mak nak jawab semalam ayah kau masuk campur...." sekali lagi Maria ditertawakan......
Nota Haru Biru: Pssttt.. cite ni aku reka je.. hahaha..kalo korang tak caya.. try la ushar pokok pisang waktu malam.. hehehe...