Sedikit kegemparan melanda di negara kita gara-gara seorang lelaki menukar jantinanya dan kemudian membuat permohonan untuk menukar namanya.. reaksi kita? ada yang mengeji... ada yang mencaci.. ada yang menghina... ada yang menyokong... ada yang tidak mengambil peduli... "ah... itu urusan kau... tiada kena mengena dengan aku" mungkin itu yang mereka ucapkan...
Saat aku dikantor... kes ini juga menjadi topik perbualan... hangat bukan... kerana ini bukan kes kecil... ini melibatkan agama dan maruah...
"fuhh... ramai gile yang kutuk pompuan ni kat fesbuk..." kata Norman pembuka bicara..
"pompuan apanya.. dia kan lelaki.... mana pulak pompuan...." sampuk Yusri membetulkan bicara.
"emm... kesian kan dia tu.. sepatutnya kita membimbing dia supaya dapat halang perbuatannya... bukan dengan menghina dan mencacinya..." Maria yang baru sahaja tiba tidak mahu terlepas untuk memberi pendapatnya....
Topik perbualan bertukar ke arah yang lebih mengarut... cukup....
Setiap orang punya pandangan masing-masing... tetapi jangan sampai membelakangkan agama... itu yang penting.... pendapat aku lebih kepada membimbing dan terus memberi nasihat kepada beliau.... siapa kita untuk menghukum... ?
Resepi: Jemput-jemput air panas.
2 years ago
No comments:
Post a Comment